Doaku hari ini

"Ya Allah Ya Tuhanku....bukakanlah pintu rezekiku pada hari ini, begitu juga kedua ibu bapa ku,
dan semua kaum muslimin dan muslimat."

SET TAMBAH BERAT

Nak cerita tentang set weight gain - set naikkan berat badan yang saya ambil mula-mula dulu. Masa tu beli set ni terus jadi ahli sebab nak harga lagi jimat katakan. Permulaan ambil set weight gain ni memang tak berapa nak konsisten. Almaklumlah, mula-mula nak ambil suplemen. Banyak escape. Selang sehari, selang 2 hingga 3 hari baru makan and minum. Minum air kosong tak ada masalah sangat sebab saya memang suka. Nak dijadikan cerita, dalam 3 bulan yang kejap ambil kejap tak ambil tu...selera makan bertambah baik. Rajin pula nak makan-makan. Satu petua lah bagi yang nak naikkan berat dengan amal suplemen ni, bila rasa lapar je terus cari makan isi perut. Jadikan amalan setiap hari macam tu. Memang membantu sangat-sangat. 

Ini bukan gambar saya. Nak tunjuk kurus je.

Yang lagi best, kulit muka yang before tu kusam and ada jeragat, tona kulit yang tidak sekata nampak lebih baik. Makin cerah pula jadinya. Untuk pengetahuan, saya ni suka outdoor and jarang nak jaga-jaga kulit muka. Hehehehehe....jarang-jarang pula nak make up. Sekarang je rajin sikit nak touch up. Bila dah ambil suplemen macam ni, timbul kesedaran untuk lebih menjaga kesihatan diri dan menghargai diri sendiri. Sampai sekarang saya tak berhenti telan suplemen shaklee ni. BMI pun dah normal. Bukan underweight lagi. Bahagia rasanya. 




Memang dulu -dulu saya dalam kategori kurus. Selalu sangat orang tegur. Fed up juga. Kekadang rasa tak berapa nak confident dengan diri sendiri. Berdiri belakang tiang lampu memang sama saja rupa. Kena tiup angin boleh terbang (Amboooiiii...tak sayang mulut). Sampai macam tu orang usik. Senyum je tapi dalam hati sedih juga. Hahahaha...itulah juga motivasi nak cari suplemen untuk naikkan berat badan. 




Panjang pula mukadimahnya set tambah berat ni. Kurus sangat pun susah juga. Jadi, tak salah naikkan sikit. Jom kita tengok dulu kesan-kesan kurang berat badan.
  • badan lesu dan tidak bermaya
  • struktur tubuh yang tidak menarik
  • muka kelihatan cengkung
  • mudah dijangkiti penyakit
  • kesuburan terjejas
Ini adalah antara kesan-kesannya. Kadar metabolisme yang tinggi juga menyebabkan walau banyak mana makan pun badan tetap tak naik. Maintain kurus juga. Memang perlu sangat ambil vitamin untuk membantu tubuh badan lebih sihat dan cukup keperluan mineral dan vitamin.

Set Tambah Berat 

Meal Shakes
- merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan yang seimbang bagi 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.


B Complex
- menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik
- mengawal kadar metabolisme
- mengurangkan rasa letih dan tekanan

Vita Lea
- multivitamin dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral yang penting yang diperlukan oleh orang dewasa

Kelebihan-kelebihan set tambah berat :-
  • membantu menambahkan selera makan
  • membantu memulihkan kulit agar lebih sihat dan cantik
  • meningkatkan sistem imun
  • menjadikan tubuh lebih bertenaga
  • membantu mencantikkan kulit, rambut lebih sihat
  • sistem penghadaman lebih baik
Bagi yang dah mengamalkannya memang berbaloi. Semuanya sudah dialami. Nak menaikkan berat badan ni pun bukanlah bergantung sepenuhnya dengan suplemen. Buatlah senaman sikit-sikit. Joging, zumba, mengemas rumah (kira senaman juga), main badminton, berenang dan macam-macam lagi aktiviti fizikal yang anda boleh buat. Ini yang saya suka buat sebab tu tersenarai. 

Apa tunggu lagi. Tak salah kita usaha tapi kena berterusan amalkan. Saya boleh...anda lagilah boleh! Anda gembira...saya lagi gembira untuk anda!


***Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


No comments:

Post a Comment