Doaku hari ini

"Ya Allah Ya Tuhanku....bukakanlah pintu rezekiku pada hari ini, begitu juga kedua ibu bapa ku,
dan semua kaum muslimin dan muslimat."

10/28/14

DTX COMPLEX

DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok tisu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ianya turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).





Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Berbeza dengan hati.  Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh merosakkan hati tetapi hati mampu memperbaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai industri pemprosesan dalam tubuh manusia.

Jom kita lihat fungsi-fungsi hati:

1.      Rembesan hempedu
Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu juga perlu untuk pencernaan lemak; memecahkan lemak menjadi lapisan yang lebih kecil (small globule). Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak; A,D,E,F,K dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada vitamin A.

2.       Bertindak sebagai detoksifikasi
Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolisma protein. Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alcohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik.  Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang baik, kita juga harus mempunyai fungsi buah pinggang yang baik.




3.     Mengawal paras gula dalam darah
Hati menukarkan troksina-hormon tiroid ke dalam bentuk lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF (factor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen dan kemudian ditukar kembali menjadi gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin.

4.       Penting dalam metabolisma lemak
Organ penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein dan phospholipid serta ketika pengasidan lemak untuk menghasilkan tenaga. Makanan berlebihan akan ditukarkan menjadi lemak di dalam hati yang kemudiannya diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Hati memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Tanggungjawab kita untuk menjaganya agar sentiasa dalam keadaan baik untuk memastikan tubuh kita sentiasa sihat.  Hati bila dah tak dapat berfungsi dengan baik, satu badan kita akan menerima kesannya.





***Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment