Doaku hari ini

"Ya Allah Ya Tuhanku....bukakanlah pintu rezekiku pada hari ini, begitu juga kedua ibu bapa ku,
dan semua kaum muslimin dan muslimat."

10/29/14

CINCH SHAKE MIX

Cerita tentang diet, ramai yang nak diet. Nak kurangkan berat badan. Nak lebih sihat dan bertenaga. Nak muat pakai baju saiz lebih kecil. Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan untuk kurangkan berat badan. Joging, berenang, menari, senamrobik, zumba, bersukan dan banyak lagi. Ada yang ikuti pakej pelangsingan badan dan yang lebih ekstrem melakukan pembedahan buang lemak. Semua ni membantu jika anda konsisten dan disiplin yang kuat. Pemakanan kena seimbang. Barulah dinamakan diet yang seimbang. Bukan diet tak sentuh makanan satu hari. Itu bukan diet. Menyeksa diri namanya tu.



Ramai yang diet tapi kehilangan lemak dan otot. Hilang lemak tu memang baik tetapi kehilangan otot itu yang tidak baik. Apabila kehilangan otot,  tubuh kehilangan upaya untuk membakar lemak dan merendahkan kadar metabolisma. Apabila anda berhenti dalam proses diet, tubuh tidak dapat membakar kalori seperti  yang pernah dilakukan.  Sebaliknya, berat badan akan bertambah. Kitaran ini akan berulang kali setiap kali anda meneruskan diet. Ini adalah kesan yo-yo.

Banyak diet yang gagal sebab kekurangan nutrisi, sukar untuk mengikut jadual yang ditetapkan, hasil atau kesan yang lambat, diet tidak seimbang, pengambilan suplemen yang mengandungi kandungan tidak selamat dan merendahkan metabolisma dengan diet yang menghilangkan lemak dan otot.Cinch Shake Mix membantu anda untuk mengurangkan lemak dan mendapatkan tubuh yang anda idamkan. Sekali lagi saya tekankan, kena disiplin dan konsisten.





Kenapa cinch berkesan?

Pengambilan cinch dalam program diet anda mampu:-
  • membantu mengawal rasa lapar sebab ianya mengenyangkan
  • tubuh badan juga menjadi lebih bertenaga-menyokong metabolisma dan memberi kepuasan kepada anda
  • Cinch diperkasa dengan leucine yang  merupakan otot yang membina asid amino yang tedapat di dalam protein tertentu. 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass) dapat dikekalkan.  Jadi, kehilangan lemak, berat dan inci dapat dilakukan dan pada masa yang sama masih mengekalkan otot. 
Anda yang pilih. Nak diet sihat atau diet yang cepat tetapi tidak sihat.Setiap kali anda minum Shaklee cinch, anda akan mendapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut.





Faedah utama:

•Indeks glisemik – 22; sesuai untuk pengidap kencing manis
•Dengan cinch pro, campuran eksklusif protein dipertingkatkan dengan leucine – asid amino
•Leucine – memelihara otot semasa menurunkan berat badan
•Tinggi kandungan serat – 6gm serat setiap hidangan
•Glisemik yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga
•Memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
•Penggunaan soya bebas GMO
•Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis

Terdapat tiga jenis perisa cinch. Vanila, chocolate dan cafĂ© latte. Rasanya seperti menikmati pencuci mulut. 



***Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment